Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA PANEL PENASIHAT SYARIAH WAKAF MARA MADANI KE-4 (BIL.3/2026)

KUALA LUMPUR, 29 September 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penasihat Syariah Wakaf MARA MADANI Ke-4 (Bil.3/2026) yang berlangsung di Ibu Pejabat MARA.

Mesyuarat tersebut membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan dan pelaksanaan Wakaf MARA MADANI, khususnya dari aspek pematuhan dan tadbir urus Syariah bagi memastikan inisiatif wakaf yang dilaksanakan selaras dengan prinsip-prinsip Syariah.

Dalam kesempatan yang sama, Sahibus Samahah turut meluangkan masa mengadakan kunjungan kepada Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), YBrs. Ir. Dr. Mahzan bin Teh.

Kunjungan tersebut menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh jalinan kerjasama antara Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan MARA, khususnya dalam perkara berkaitan pembangunan wakaf dan pengurusan hal ehwal Syariah.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa komited untuk memberikan pandangan dan khidmat nasihat Syariah dalam menyokong pelaksanaan inisiatif wakaf yang memberi manfaat kepada masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi umat.