Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

SUARA MADANI: AKU KASIH MALAYSIA – RUKUN NEGARA: ANTARA PRINSIP KENEGARAAN DAN NILAI ISLAM

PUTRAJAYA, 16 Oktober 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah diundang sebagai ahli panel dalam program Suara Madani: Aku Kasih Malaysia anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia.

Program kali ini mengangkat tajuk “Rukun Negara: Antara Prinsip Kenegaraan dan Nilai Islam” yang menelusuri hubungan antara prinsip kenegaraan dengan nilai-nilai Islam dalam membentuk masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan mempunyai semangat cintakan negara.

Pengisian program ini turut memberi penekanan terhadap kepentingan penghayatan Rukun Negara yang selari dengan nilai Islam, khususnya dalam memperkukuh perpaduan, memupuk sikap saling menghormati serta membina keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Saliza binti Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri dan YBhg. Datuk Akbar bin Hj. Samon, Ketua Pengarah, Bahagian Pengaduan Awam. Program tersebut dikendalikan oleh Encik Ahmad Rosidi bin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan, Akademi Kenegaraan Malaysia selaku moderator.

Penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menghayati prinsip kenegaraan berteraskan nilai murni, sekali gus menyemai semangat patriotisme dan tanggungjawab bersama dalam membangunkan negara yang aman, sejahtera dan bersatu padu.