13 April 2017 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) sekali lagi melakar sejarah dengan pelancaran Buku Irsyad al-Fatwa oleh YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pejabat Perdana Menteri. Majlis penuh bermakna ini turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustafa dan Sahibus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia. Buku Irsyad al-Fatwa adalah himpunan 1070 soal jawab berkaitan hukum hakam meliputi bidang akidah, tafsir, hadis, fiqh, tasawuf, usul fiqh dan isu fiqh semasa. Sebagai sebuah institusi yang berperanan memberi penjelasan dan penerangan dalam hukum hakam agama, penerbitan buku ini adalah sebagai “masterpiece” PMWP dan dapat memperkukuhkan peranan Jabatan ini sebagai pusat rujukan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan dan Malaysia amnya. Usaha penerbitan buku ini juga adalah dengan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP. Semoga buku ini bermanfaat untuk semua.
Tinta Mufti
Pelancaran Buku Irsyad Al Fatwa Oleh YAB Perdana Menteri
Shahrul Yusof
Jumlah paparan: 9244