Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #543 : TIDAK BATAL WUDUK JIKA MAKAN DAN MINUM

Soalan: Adakah sah wudhu kalau makan atau minum sebelum solat?

Jawapan:

Sah. Ini kerana makan dan minum bukanlah perkara yang membatalkan wudhu. Kecuali dibimbangi sisa-sisa makanan terlekat pada gigi yang mungkin akan tertelan ketika solat. Justeru boleh membatalkan solat mengikut pendapat yang masyhur. Kami nasihatkan agar jangan makan sebelum solat kecuali hendaklah berkumur dahulu.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita. Amiin.