Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #314 : ADAKAH KUCING MANDUL PERLU ZAKAT FITRAH?

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 314 (4 JULAI 2016 M / 29 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum, saya ada satu persoalan, perlukah saya membayar zakat fitrah untuk kucing yang dikasi atau kembiri, kerana ada orang mengatakan ia perlu dizakat fitrah sepertimana manusia biasa juga. Mohon pencerahan tuan.Jazakallah

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Wallahua’lam, kami tidak mengetahui tetapi yang dinaskan bahawa zakat fitrah hanya terkepada kepada manusia sahaja, seperti yang termaktub dalam hadis sahih riwayat Ibn Umar R.anhuma:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَةَ الفِطْرِ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ عَلَى الصَّغِيرِ وَالكَبِيرِ، وَالحُرِّ وَالمَمْلُوكِ وفي رواية: عَلَى الذَّكَرِ، وَالأُنْثَى

Maksudnya: Rasulullah SAW menfardhukan zakat fitrah dengan segantang barli, atau segantang tamar ke atas anak kecil atau dewasa, merdeka dan hamba. Dalam riwayat lain: atas lelaki dan perempuan.

Hadis riwayat Bukhari (1511 & 1512)

Wallahua’lam.