Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #311 : MENYUCIKAN PAKAIAN DENGAN MESIN BASUH

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 311 (1 JULAI 2016 M / 26 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Dato' Mufti

Saya ingin bertanyakan soalan. Apakah hukumnya sekiranya kita membasuh pakaian yang bernajis dengan menggunakan air yang tidak mengalir seperti membasuh pakaian yang bernajis dengan menggunakan mesin basuh automatik?

Sekian terima kasih.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Jika yang digunakan ialah mesin basuh yang tidak mengalir airnya, sama ada manual atau automatik, maka dicadangkan agar dibasuhkan pakaian itu terlebih dahulu kemudian dicuci menggunakan mesin basuh.

Manakala jika mesin tersebut boleh dialirkan airnya, sama ada manual atau automatik, dibilas berkali-kali sehingga hilang bau, warna dan rasa najis itu, maka sucilah pakaian tersebut.

Wallahua’lam.