Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #310 : FIDYAH BAGI ORANG TERENCAT AKAL

 

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 310 (30 JUN 2016 M / 25 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum...ana nak tanya satu soalan, sekiranya seseorang itu kurang berakal, maksudnya dia ada masalah pemikiran, otak pun kurang berfungsi, ( Terencat Akal ) Adakah waris perlu bayarkan fidyah untuk pesakit tersebut ? umur pesakit itu dah 63 tahun, dia terencat akal semenjak lahir lagi dan dia tidak pernah berpuasa sepanjang hidup dia.. Mohon sangat soalan ini dijawab.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami tak pasti bagaimana terencat akal yang penanya maksudkan jadi kami berikan dua keadaan:

Pertama: Sekiranya seseorang itu terencat akal yang termasuk dalam gila, maka tidak perlu fidyah kerana seseorang itu tidak ditaklifkan (bebanan syarak) untuk berpuasa keatasnya, sepertimana solat dan zakat dan lain-lain.

Kedua: Jika seseorang itu terencat akal tetapi mempunyai keupayaan akal yang rendah seperti bodoh dan lain-lain, maka dia wajib berpuasa. Kerana seseorang itu ditaklifkan (bebanan syarak) untuk berpuasa, keatasnya sepertimana solat, zakat dan lain-lain. Rujuk pautan berikut untuk fidyah: al-Kafi #230 (http://goo.gl/ZjGfGS), #298 (https://goo.gl/zTfp1V)

Berakal itu ditakrifkan ulama sebagai dapat membezakan antara perkara yang baik dan buruk (Rujuk I’anah al-Talibin 1/74). Sebaiknya dirujuk kepada pakar perubatan untuk diketahui jenis keadaan mental yang dihadapi.

Wallahua’lam.