Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #291 : SOLAT SEBELUM PERISTIWA ISRA'

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 291 (15 JUN 2016 M / 10 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

السلام عليكم ورحمة الله

Saya benar-benar memohon penjelasan daripada Datuk Mufti berkaitan dua persoalan.

1. Bagaimana bentuk solat Nabi SAW sebelum diperintahkan solat fardhu 5 waktu dan bagaimana tatacaranya?

2. Apa yang perlu dibuat apabila ketika solat zuhur, sesorang telah lupa untuk rukuk pada rakaat yg kedua dan kembali teringat pada duduk tahiyyat akhir sebelum salam, apakah yang perlu dibuat, adakah dia perlu mengulangi solatnya semula.

Mohon penjelasan daripada Ybhg.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

1. Solat orang Islam sebelum peristiwa Israk Mi’raj ialah dua rakaat pada pagi hari dan dua rakaat pada petang hari. Inilah pendapat al-Harbi. Rujuk Nailul al-Autar (1/374). Dan diriwayatkan daripada al-Hassan perkara yang sama pada menafsirkan ayat al-Quran:

وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ

Maksudnya: Dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi.

Rujuk Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar Khalil oleh al-Ru’ini (1/379-380)

 

2. Kalau hanya syak semata-mata, maka abaikan dan sempurnakan solat kerana perkara yang meragukan tidak menjejaskan perkara yang yakin. Jika memang yakin tidak melakukan dengan sengaja, maka perlu ditambah dengan satu lagi rakaat untuk menyempurnakannya.

Wallahua’lam.