Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #272 : TUKAR EMAS 24 KARAT DENGAN 46 KARAT, BESERTA DUIT

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 272 (18 MEI 2016 M / 10 SYAABAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Adakah haram seandainya kita ingin menukar emas dengan emas yang lebih mahal, dengan kita menyertakan sekali duit tambahan. Contohnya, saya memiliki emas 24karat, dan ingin menukarkan kepada 46karat, jadi saya menukar emas tersebut dan ditambah lagi dengan duit.

Jazakumullah.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Ada dua perkara yang penting dalam pertukaran barang ribawi, supaya transaksi itu menatijahkan hati yang tenang, iaitu:

1) “Yadan bi yadin”. Ini merujuk kepada pensyariatan taqabudh, yakni penyerahan antara dua barang. Penyerahan itu sah sama ada secara hissi, yakni fizikal dan terus antara dua orang, ataupun hukmi, contohnya dengan perwakilan.
2) “Mithlin bi mithlin.” Ini pula merujuk kepada sama berat dan sebanding.

Dalam kes penanya, kami syorkan emas 24 karat itu dijual terlebih dahulu, kemudian dengan hasil jualan itu, ditambah dengan duit penanya, digunakan untuk membeli emas 46 karat itu.

Cara ini sebenarnya ditunjuk oleh Rasulullah SAW. Abu Said al-Khudri RA berkata:

جَاءَ بِلاَلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ بَرْنِيٍّ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنْ أَيْنَ هَذَا؟، قَالَ بِلاَلٌ: كَانَ عِنْدَنَا تَمْرٌ رَدِيٌّ، فَبِعْتُ مِنْهُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، لِنُطْعِمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: أَوَّهْ أَوَّهْ، عَيْنُ الرِّبَا عَيْنُ الرِّبَا، لاَ تَفْعَلْ، وَلَكِنْ إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَشْتَرِيَ فَبِعِ التَّمْرَ بِبَيْعٍ آخَرَ، ثُمَّ اشْتَرِهِ»

Maksudnya: Datang Bilal kepada Nabi SAW dengan membawa tamar Barni (yang berkualiti tinggi). Lalu Baginda bertanya kepada Bilal, ‘Daripada mana datang tamar ini?’ Bilal menjawab, ‘Sebelum ini aku memiliki tamar Radi’ (yang berkualiti rendah), kemudian aku jual dua gantang tamar itu untuk mendapatkan segantang (tamar Barni), untuk dihidangkan kepada Nabi SAW.’ Maka, Nabi SAW bersabda, ‘Binasalah binasalah! Inilah bentuk riba. Inilah bentuk riba! Jangan kamu lakukan ini (wahai Bilal)! Sebaliknya, jika kamu ingin membeli (kurma baik itu), juallah terlebih dahulu tamar kamu kemudian beli beli tamar Barni tadi dengan hasil jualan pertama.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (2312) dalam al-Sahih.

Wallahua’lam.

 

Imej diperoleh dari Illustrations of