Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #337 : BACA BISMILLAH DALAM TANDAS

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 337 (20 JULAI 2016 M / 15 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

salam ustaz..selmt ari raya ustaz..saya nk tye ustaz..dh lama duk mai dlm pale..was2... soalan cmni usta.. kalu kita bwuduk dlm blik air skali dgn tndas, perlu ke kita bce bismillah dgn kuat,.. ke cuma bce dlm ati...

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Sebaiknya tandas dan tempat wuduk diasingkan seperti di masjid dan surau. Jika hal ini berlaku, seperti dinyatakan, elakkan pembacaan ayat Quran di dalam tandas termasuklah Bismillah. Seterusnya, jangan dilayan perasan was-was itu, berpeganglah pada yang diyakini dan berdoalah kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada was-was.

Wallahua’lam.