Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #356 : HUTANG LAPUK DENGAN BANK

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 356 (10 OGOS 2016 M / 7 ZULKAEDAH 1437 H)

 

SOALAN:

Saya ada berhutang dengan bank masa saya belajar di UK (kira2 18 tahun lalu) dan saya ingin melepaskan diri saya dari dosa dan bebanan hutang tersebut. Bagaimanakah caranya sedangkan saya dah tak ada detail account atau contact dgn bank tersebut lagi. Minta tolong sangat Dato', Saya dah tersilap dan ingin betulkan semula . Terima Kasih

 

JAWAPAN:

Hutang perlu dibayar walau dalam apa situasi sekalipun. Pihak bank pastinya memiliki pelbagai cara untuk menyelesaikan hutang tersebut kerana mereka memiliki rekod, melainkan jika bank tersebut sudah tiada.

Wallahua’lam.