Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #354: TERPAKSA MENGAHWINKAN ANAK

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 354 (9 OGOS 2016 M / 6 ZULKAEDAH 1437 H)

 

SOALAN:

Assalamualaikum...
Saya telah berkahwin dengan seorang perempuan di Majlis Islam Sarawak melalui wali hakim oleh bapa mertua saya. Proses perkahwinan kami sebenarnya tidak direstui oleh keluarga isteri saya. Namun selepas setahun lebih perkahwinan kami, bapa mertua saya menyatakan bahawa ketika dia menandatangani surat keizinan dan wakalah wali tersebut, dia telah menandatangani secara terpaksa. Saya tidak menafikan bahawa bapa mertua saya mempunyai perasaan tidak senang hati dengan perkahwinan kami walaupun dia telah menandatanganinya.
Jadi masalahnya di sini, bapa mertua saya berkeinginan untuk melakukan semula akad nikah sekali lagi. Dia menyatakan bahawa dia berasa bersalah akan tindakannya dahulu yang menandatangani secara terpaksa serta takut akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak disebabkan perbuatan tersebut.
Persoalannya
1- Adakah perkahwinan kami selama ini tidak sah kerana bapa mertua saya menandatangani secara terpaksa?
2- Adakah memang perlu untuk akad semula sekiranya bapa mertua saya berkehendak yang sedemikian?bg
3- Apakah cadangan atau solusi berkenaan masalah yang saya hadapi ini?
Sekian
Terima kasih

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt
Setahu kami tidak perlu akad nikah semula dan pernikahan lama adalah sah. Ini kerana ketika bapa mertua menandatangani surat tersebut, adakah unsur terpaksaan itu kukuh atau tidak, seperti ancaman kepada nyawanya. Jika tidak kukuh, persetujuan dan penerimaan secara bertulis dan wakalah kepada wali hakim itu sendiri sudah jelas dan nyata menunjukkan sahnya akad itu, tanpa mengira perasaan di dalam hati.
Sekalipun begitu, kami mohon saudara merujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah tempatan.

Wallahua’lam.