Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #353 : HUKUM BERMAIN SNUKER DI TEMPAT ARAK

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 353 (8 OGOS 2016 M / 5 ZULKAEDAH 1437 H)

 

SOALAN:

Assalamualaikum. Tuan saya nak tanye ape hukum main snooker di tmpat yang banyak tin2 arak disekeliling.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Asal hukum bermain snooker adalah harus, selagi tidak ada dalil yang melarangnya. Namun begitu hukumnya menjadi haram jika:

1. Melalaikan seseorang daripada tanggungjawab dan agama seperti belajar, kerja dan solat.
2. Terlibat dengan arak, perjudian, pergaulan bebas lelaki dan wanita dan perkara-perkara yang jelas haram.
3. Membawa kepada akhlak yang buruk dan tidak Islam.

Boleh rujuk kitab Halal dan Haram dalam Islam oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang telah diterjemah oleh kami dalam topik permainan catur. Justeru kami cenderung sebaiknya ditinggalkan suasana permainan seperti diatas, kerana tidak bebas daripada unsur dosa dan mendatangkan fitnah. Hukumnya tidak lari daripada dosa atau yang paling ringan ialah makruh.

Wallahua’lam.