Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #352 : LIRIK LAGU YANG SAMAR-SAMAR

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 352 (5 OGOS 2016 M / 2 ZULKAEDAH 1437 H)

SOALAN:

Assalamu'alaikum Tuan, diantara banyak lagu raya, saya dengar ada yang begini (1) Kan ku sujud dikakimu bila kita bertemu (2) jumpa lah ibumu sujud dikakinya... ianya jelas bertentangan dengan hukum Islam, soalan saya apakah hukumnya menyanyikan dan mendengar lagu tersebut.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Perkataan-perkataan yang tersebut masih samar-samar dan boleh dialihkan maksudnya. Ini kerana ia berkait dengan bahasa dan sastera yang lebih merujuk kepada penghormatan kepada ibu. Sekalipun begitu, kami cenderung menyatakan lebih aula tidak dinyanyikan dan didengari lagu tersebut jika ia memberi kesamaran bagi pendengar.

Wallahua’lam.