Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #348 : FADILAT BERSELAWAT 10 KALI SELEPAS ZUHUR

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 348 (3 OGOS 2016 M / 29 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,
Nak tanya pasal amalan ni adakah warid dari nabi saw. Jazakallah tuan dr mufti. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat n berkat pada syeikh mufti.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam hal ini saya tidak mengetahui nasnya tetapi kami tidak menafikan selawat ke atas Nabi SAW punyai banyak fadilat, sehinggakan ulama besar seperti Muhammad bin Abdurrahman al-Sakhawi menulis kitab al-Qaul al-Badi` fi al-Salat `ala al-Habib al-Syafi` telah menyatakan banyak kelebihan selawat ke atas Nabi SAW. Secara umumnya, tentang fadilat tidak jadi kesalahan tetapi menentukan secara yakin dan spesifik perlukan nas yang sahih yang belum kami temui.

Kami juga mencadangkan agar beramal juga dengan doa hadis-hadis sahih seperti doa:.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالبُخْلِ وَالجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada gundah gelisah dan kesedihan, lemah dan malas, kedekut dan pengecut, bebanan hutang dan tewas dengan orang.

Hadis riwayat al-Bukhari (5425)

Wallahua’lam