Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #345 : ISU PEGUAM MEMBAYAR KOMISYEN KEPADA POLIS

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 345 (29 JULAI 2016 M / 25 SYAWAL 1437 H)

 

SOALAN:

Assalamualaikum tuan mufti.

Pohon penjelasan ustaz, saya merupakan seorang peguam yang baru bermula kerja. Banyak saya saksikan bahawa telah menjadi amalan peguam untuk memberi komisen atau hadiah kepada pegawai polis/pegawai mahkamah/pegawai penguatkuasaan lain-lain yg membantu recommend kes kepada mereka. Apakah ini sejenis rasuah, walaupun komisyen tersebut hanya lah sebagai hadiah kerana membantu 'refer' atau 'recommend' pelanggan.
Terima kasih. Harap ustaz sudi menjelaskan.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam isu ini kami syorkan untuk melihat istilah derma dan rasuah seperti mana yang digariskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wallahua’lam.