Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #343 : MUSAFIR SEKARANG SUDAH MUDAH, BOLEHKAH JAMA' QASAR?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 343 (28 JULAI 2016 M / 24 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalammualaikum Admin/Tuan Mufti. Ana ada satu soalan yg lama dah bermain di fikiran. Sudah menjadi kebiasaan sesiapa yg merantau balik ke kampung, bekerja di kawasan yg jauh dan sebagainya yg mmpunyai jarak melebihi 2 marhalah akan mengQADAkan solat mereka. Maaf, bukan QADA tapi menjamak dan qasarkan solat. Niat mereka sgt baik ketika bermusafir seperti menziarahi ibu bapa dan sanak saudara di kampung. Jadi mereka diharuskan untuk menjamak dan qasarkan solat mereka. Persoalannya wajarkah mereka untuk menjamakqasarkan solat mereka pada situasi hari ini?? Seperti tuan tahu, hukum jamakqasar ni dibuat pada zaman Nabi dimana kenderaan mereka cuma unta dan kuda yang mengambil masa berhari2 untuk sampai walaupun sekadar 2 marhalah bersamaan +-90kM Pada hari ini, 2 marhalah kereta mampu sampai dlam masa sejam lebih. Adakah wajar mereka untuk jamakqasarkan padahal dlam perjalan mereka masjid dan surau sentiasa berada dikiri dan kanan jalan raya? Dalam waktu solat, mustahil tidak terjumpa masjid atau surau ditepi jalaN Kalau tengah malam dan memikirkan faktor keselamatan mungkin kita blh bertolak ansur Tetapi waktu org ramai di rnr misalnya adakah x menjadi kesalahan untuk kita berhenti dan solat sebentar Begitu juga kalau menaiki kapal terbang, dua marhalah cuma memerlukan lingkungan 15 minit sahaja... Di lapangan terbang turut disediakn surau... Zaman dahulu menunggang unta dan kuda memakan masa sekurang2nya sehari di bawah terik panas dan hujan... Pada zaman sekarang sebenarnya xda alasan pun untuk menjamakqasarkan solat sbb kita memandu kereta tidaklah seletih menunggang unta dengan ada aircondnya lagi...dgn surau yg berada di mana2 lagi...Kalau berperang tu logik la Skarang ni atas alasan nak cepat sampai je... Wajar atau tidak tuan? Maaf bertanya soal hukum...terima kasih tuan... Satu lagi, ada org kata sapa2 yg x qasarjamak ni adalah org sombong sbb dia xnak buat kelonggaran yang Allah telah beri...tapi atas faktor logik dan perubahan zaman, masih wajar atau tidak tuan? Zaman dah maju.

 

JAWAPAN:

 

Waalaikumussalam wbt,

Kami jawab dengan sebuah kisah daripada Saidina Umar bin al-Khattab. Daripada Ya’la bin Umayyah, dia berkata: Aku bertanya Umar al-Khattab (tentang ayat):

فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا
Maksudnya: Maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir.

Surah al-Nisa’, 4:10

sedangkan keadaan manusia sudah aman. Maka Umar kata: "Aku juga berasa ajaib seperti mana yang engkau rasa, lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW, baginda pun menjawab":

صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللهُ بِهَا عَلَيْكُمْ، فَاقْبَلُوا صَدَقَتَهُ
Maksudnya: Sedekah yang Allah berikan kepada kalian, maka ambillah sedekah dari-Nya.

Hadis riwayat Muslim (686)

Nas ini menunjukkan bahawa sama ada terdapat masyaqqah (kepayahan) atau tidak, ia tetap merupakan kurniaan Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Apatahlagi, terdapat hadis Nabi SAW yang menyebut secara umum:

السَّفَرُ قِطْعَةٌ مِنَ العَذَابِ
Maksudnya: Musafir itu sebahagian daripada azab.

Hadis riwayat al-Bukhari (1804)

Kata ulama, musafir itu sejuzuk daripada kesengsaraan, yang merangkumi perasaan kejiwaan, perpisahan dengan orang yang dikasihi dan berbagai lagi.

Wallahua’lam.