AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 331 (15 JULAI 2016 M / 10 SYAWAL 1437 H)
SOALAN:
Assalmualaikum,ustaz Ana nak tanya mengenai jambang...ada tak hadis Rasulullah menyimpan jambang? Ana kurang jelas mengenai perbezaan janggut dan jambang..mohon pencerahan daripada pihak ustaz.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Di dalam kitab Syamail al-Muhammadiyyah himpunan al-Imam al-Tirmidzi Rahimahullah ada menyebut sifat janggut Rasulullah SAW:
كَثُّ اللِّحْيَةِ
Maksudnya: Tebal janggutnya.
Dalam riwayat al-Imam Muslim Rahimahullah :
كَثِيرَ شَعْرِ اللِّحْيَةِ
Maksudnya: Lebat bulu janggutnya
Berkata Syeikh Ibn Sidah: ‘Lihyah’ itu suatu nama yang merangkumi jenis bulu yang tumbuh atas kedua-dua pipi dan dagu.
Rujuk Lisan al-Arab (15/243)
Dengan itu difahami bahawa arahan untuk memelihara dan menjaga janggut itu termasuklah jambang sekali. Daripada Ibnu Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ، وَأَوْفُوا اللِّحَى
Maksudnya: Selisihilah orang-orang musyrik. Pendekkanlah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut.
Hadis riwayat Imam Muslim (259)
Wallahua’lam.