AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 329 (12 JULAI 2016 M / 7 SYAWAL 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum, Baru-baru ni Google membuat rayuan utuk terus menyiarkan Innocent of islam yang menghina Islam menerusi Youtube. Berdosakah kita terus guna google yang meliputi engine search/youtube android dan macam2 lagi kerana dalam google/youtube ada juga bahan yang memberi manfaat kpd umat islam. Mohon pencerahan adakah boleh bagi kita untuk terus gunakan google/youtube. Terima kasih.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Kaedah menyatakan:
الأمور بمقاصدها
Maksudnya: Hukum suatu perkara itu bergantung kepada niat.
Kemudahan sarana moden seperti Youtube, Google, Android dan lain-lain boleh juga digunakan pada perkara kebaikan dan bermanfaat. Justeru gunakanlah ia untuk meninggikan syiar Islam dan menyampaikan ilmu atau mesej dakwah dengan penuh berhikmah.
Wallahua’lam.