Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #321 : SOLAT SUNAT SEKALI DENGAN SOLAT QADHA'

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 321 (7 JULAI 2016 M / 2 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalam ust...nak tanya.

Bole tak solat sunat awabin atau solat sunat lain diniatkan sekali dengan solat qhodak?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Perbuatan tersebut boleh dilakukan kerana ia termasuk dalam masalah indiraj, tetapi kami cenderung kepada hendaklah dilakukan qadha’ semata-mata kerana ia lebih aula (utama) berbanding digandingkan dengan solat sunat.

Wallahua’lam.