Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #250 : PERLUKAH BAYAR WANG KHIDMAT SEKURITI BAGI RUMAH KOSONG

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 250 (19 APRIL 2016 M / 11 REJAB 1437 H)

SOALAN:

Assalam tuan sahibus samahah, adakah saya bertanggungjawab membayar yuran bulanan sekuriti taman rumah saya walaupun rumah tersebut masih kosong & belum diduduki lagi?

Jazakallah khoir kathir

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat yuran itu perlu dibayar jika yuran pengurusan termasuk yuran sekuriti ke atas rumah tersebut dikenakan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) berdasarkan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007.

Namun begitu, sebaiknya diadakan perbicangan dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Wallahua’lam.