Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #249: HARGA JUALAN ANSURAN LEBIH TINGGI DARIPADA JUALAN TUNAI

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 249 (18 APRIL 2016 M / 10 REJAB 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah harga jual beli secara ansuran lebih tinggi daripada harga tunai diharamkan dalam Islam?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Hukumnya terbahagi kepada dua;

Pertama; jika jual beli itu mengandungi dua harga bagi satu akad, maka hukum haram. Contohnya, membeli kereta dengan harga RM10,000.00 jika dibayar tunai atau Rm15,000.00 jika dibayar secara ansuran.

Kedua; jika jual beli itu mengandungi satu harga bagi satu akad, maka hukumnya harus. Contohnya, satu kontrak membeli kereta dengan harga RM10,000 secara tunai, dan satu kontrak lagi pembelian kereta dengan harga RM15,000.00 secara ansuran.

Wallahua`lam.