Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Al-Kafi #460 : MEMBACA AL-FATIHAH SELEPAS DARIPADA SOLAT

 

Soalan: Apakah membaca surah al-fatihah selepas solat sunnah?

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Berdasarkan soalan di atas, kami tidak menemui ayat al-Qur’an mahupun hadith sahih yang menceritakan secara khusus galakan membaca surah al-Fatihah setiap kali selepas solat fardu.

 

Walau bagaimana pun, jika seseorang itu ingin membaca kerana al-Fatihah merupakan salah satu surah daripada al-Qur’an maka demikian adalah berpahala. Kami cenderung untuk menyatakan sewajarnya kita belajar dan melazimi zikir-zikir dan doa-doa yang diamalkan dan diajarkan oleh Rasulullah SAW.

 

Kami mencadangkan agar dirujuk kitab al-Azkar oleh Imam al-Nawawi dan juga karya-karya Imam yang lain berkenaan isu zikir ini. Antaranya susunan zikir daripada Imam Hasan al-Banna yang bertajuk al-Ma’thurat yang di dalamnya terkandung zikir pagi dan petang. Justeru setelah mendapat gambaran yang jelas daripada kitab-kitab tersebut, sudah tentu kita lebih memahami yang terbaik dan apa yang sepatutnya kita lakukan selepas daripada solat.

 

Wallahua’lam