Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #43 : MEMPELAJARI ILMU SYARIAT DAN MAKRIFAT SECARA BERGURU

SOALAN 43 (14/05/2015 BERSAMAAN 25 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin mendapatkan pencerahan tentang isu ini. Seorang sahabat memberitahu saya: “Jika belajar makrifat tetapi meninggalkan syariat sesungguhnya dia telah masuk perangkap syaitan. Hakikat (makrifat) tanpa syariat adalah batil (terbatal). Manakala syariat tanpa tanpa hakikat adalah tidak sah (tidak diterima ALLAH). Mohon bantuan ustaz untuk penjelasan yang terperinci.

 

JAWAPAN

Ya. Saya setuju dengan sebahagian pendapat tersebut tetapi sebagaimana saya katakan. Hendaklah dipelajarinya secara berguru. Dan carilah guru yang berkemaharian dan memahami, bukan semata-mata kesufian sahaja tetapi juga syariat hendaklah difahaminya juga. Sebaiknya mulakan dengan pengajian berkitab dalam ilmu feqah, tauhid, tasauf dan lain-lain agar kefahaman tentang Islam bersifat menyeluruh.