Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #48 : ANAK TIDAK SAH TARAF LAYAK TERIMA ZAKAT JIKA TERMASUK DALAM GOLONGAN ASNAF 8

SOALAN 48 (15/05/2015 BERSAMAAN 26 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Adakah anak tidak sah taraf layak menerima zakat? Sekian terima kasih Ustaz.

 

JAWAPAN

Mengikut yang dinaskan dalam al-Qur’an, golongan yang berhak menerima zakat adalah lapan. firman Allah SWT:

 

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنْ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٦۰﴾

 

Mafhumnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Taubah ayat 60)

 

Jika anak tersebut termasuk dalam salah satu golongan ini, maka dia berhak menerima zakat.