Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #9 : HUKUM MELETAKKAN AYAT SUCI AL-QURAN DI ATAS GAMBAR CAPAL RASULULLAH ﷺ

SOALAN 9 (24 APRIL 2015 BERSAMAAN 5 REJAB 1436H)

Assalamualaikum Ustaz. Ana nak tanya soalan. Ada orang komen nama Allah dan kalimah suci tidak sepatutnya diletakkan di atas gambar sandal yang merupakan tempat meletak kaki Rasulullah. Apa hukumnya ustaz?

 

JAWAPAN

Saya melihat isu sperti ini perlu kepada beberapa kefahaman dengan lebih mendalam. Antaranya :

  • Dakwaan tentang bentuk sepatu Rasulullah SAW masih lagi menjadi perbincangan para ulama yang telah kami jawab dengan panjang lebar.
  • Kedudukan sepatu dengan ditulis ayat-ayat Allah atau nama Allah jika sekiranya hakikat sebuat selipar dan dipakai adalah tidak boleh sama sekali bahkan haram kerana termasuk dalam menghina Allah dan Rasul-Nya.
  • Jika sekadar tulisan atau lukisan dalam bentuk seperti yang disangkakan kemudian terdapat padanya nama Allah atau Rasulullah SAW dan tidak dipijak maka hal ini tidaklah menjadi kesalahan kecuali isu adakah benar dakwaan bentuk sandal Rasulullah SAW itu seperti noktah pertama.
  • Saya berpendapat alangkah baiknya seseorang itumengikuti Sunnah Nabi daripada banyak menerima dakwaan atau sangkaan yang kadang-kadang kepastiannya masih lagi diperbincangkan para ulama berkaitan dengan athar Rasulullah SAW.

 

Akhir kalam, saya syorkan supaya kita merujuk kepada kitab al-Syamail al-Muhammadiyyah salah satu karya agung Imam al-Turmuzi yang menyebut secara panjang lebar berkenaan dengan athar atau barang peninggalan Rasulullah SAW seperti pakaian, celak, uban, khatam, khuf, capal, pedang, baju besi, topi perisai, cincin, serban dan lain-lain. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dengan lebih baik. Amin