Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #28 : PEKERJA SEKTOR KERAJAAN MENJALANKAN PERNIAGAAN SAMPINGAN SEMASA WAKTU BEKERJA HAKIKI

SOALAN 28 (06/05/2015 BERSAMAAN 17 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Ana ingin bertanya mengenai hukum. Jika seseorang itu sudah bekerja di sektor kerajaan, tetapi dalam masa yang sama dia menjalankan perniagaan untuk mendapatkan pendapatan tambahan tetapi perniagaan tersebut beroperasi dalam waktu bekerja.

 

JAWAPAN

Hal ini menyalahi etika dan terma yang telah diakadkan ketika menerima sebarang jawatan. Pilihlah waktu ketika kita selesai melakukan tugasan rasmi. Seperkara lagi, janganlah kerja yang kita lakukan menyebabkan prestasi dan tumpuan kerja hakiki kita akan merudum dan tidak mempunyai sebarang kualiti. Dalam Islam, unsur barakah amat penting. Mudah-mudahan saudari diberi kekuatan untuk meraih rezeki yang halal dan mendapat keredhaan Ilahi.