Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #30 : HAD DIBENARKAN SOLAT JAMA’ DAN QASAR

SOALAN 30 (06/05/2015 BERSAMAAN 17 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Ana ingin bertanya soalan mengenai solat jama’. Jika perjalanan pergi kami tidak sampai lagi dua marhalah untuk solat jama’ qasar, tetapi dalam perjalanan balik baru cukup kadar dua marhalah. Tempoh perjalanan tidak sampai sehari. Soalan ana, bolehkah solat jama’ qasar ketika dalam perjalanan balik dengan kiraan cukup kadar untuk solat jama’ qasar itu?

 

JAWAPAN

Pada asalnya adalah kadar pergi semata-mata. Bukan pergi balik kerana maksud ibarat daripada kitab feqah apabila disebut sebagai masafah al-safar iaitu dari tempatnya atau rumahnya kepada tempat yang ditujunya dikira jarak tersebut.