Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR HUTANG

SOALAN 96 (27/06/2015 BERSAMAAN 10 Ramadan 1436H)

Assalamualaikum Ustaz. Apakah hukum jika kita tidak mampu membayar hutang walaupun kita berniat sangat nak membayarnya? Bagaimana jika kita tidak mampu membayarnya?

 

JAWAPAN

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Pertamanya, berdoalah kepada Allah dan bacalah sejarah para sahabat yang mengadu kepada Nabi SAW dan baginda mengajarkan doa-doa tertentu sehingga dapat melangsaikan segala hutang.

Keduanya, dia hendaklah bercita-cita dan berazam untuk membayar hutang dan berusaha untuk menyelesaikannya. InsyaAllah dengan tekad dan usaha, akan dilapangkan kehidupan.