Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Bagaimana kalau suami atau isteri berlainan mazhab?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 144 (05 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 24 RABIULAWAL 1437H)

 

SOALAN

Assalamualaikum Tuan Mufti,

Bagaimana permasalahan dengan wanita yang bermazhab Syafie tetapi bernikah dengan bermazhab hanafi? Siapa yang harus diikuti? Dalam masalah pembatalan wuduk. 

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

Masing –masing boleh mengikut mazhab masing-masing tanpa ada masalah. Si wanita batal wuduknya sebaliknya si suami tidak batal wuduknya. Sebaiknya dipupuk sikap saling menghormati dan toleransi dalam keluarga.

 Wallahua`lam.