Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KESAHIHAN HADIS BERKENAAN 7 GOLONGAN MANUSIA YANG TIDAK DIPANDANG ALLAH

SOALAN 62 (02/06/2015 BERSAMAAN 15 Sya’aban 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya satu soalan. Betulkah nabi bersabda: “7 golongan manusia yang tidak dipandang oleh Allah dan tidak membersihkan dosa-dosa mereka pada hari kiamat:

1) Homoseks

2) Onani

3) Seks dengan binatang

4) Liwat

5) Kahwin antara anak dengan ibu

6) Berzina dengan jiran

7) Ganggu jiran

 

Betulkah Allah tidak mengampunkan walaupun sudah bertaubat? Mohon jelaskan. Terima kasih ustaz.

 

JAWAPAN

Saya merasakan hadith ini dicampur dengan beberapa hadith lain. Setelah merujuk beberapa sumber, memang terdapt hadith berkenaan 7 golongan yang tidak dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat. Tetapi berbeza dengan persoalan atau bahagian golongan yang tuan sebutkan.

Justeru, saya syorkan supaya lihatlah kepada sanad dan kitab yang muktabar dalam hadith atau sekurangnya telah ditashihkan oleh para ulama. Semoga Allah jadikan kita sentiasa diberi petunjuk untuk mengikuti sunnah nabawi sebagai pedoman dalam kehidupan kita. Amin.