Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PANDANGAN DAN SOLUSI BERKENAAN KISAH SILAM YANG TIDAK ELOK

SOALAN 67 (10/06/2015 BERSAMAAN 23 Sya’aban 1436H)

 

Saya ada satu persoalan. Seorang lelaki ada kisah silam yang tidak elok dengan teman wanita. Memandangkan si lelaki sudah bertaubat, maka dia memohon maaf pada bekas teman wanitanya namun tidak dimaafkan. Dalam masa yang sama, si lelaki akan berkahwin dengan wanita lain. Bekas teman wanitanya pula mendoakan keburukan kehidupan si lelaki dan bakal isterinya. Apa pandangan ustaz bagi solusinya?

 

JAWAPAN

Bertaubat kepada Allah sentiasa dan beristighfar. Bina hidup baru yang disulami dengan amalan soleh dan berbakti kepada agama. InsyaAllah dengan banyakkan bersedekah, berzikir, bermunajat, beristighfar dan lain-lain amalan akan membawa kebaikan kepada hidup seseorang. Berapa ramai orang yang tergelicir dalam permulaan kehidupan tetapi menjadi orang yang benar-benar soleh pada akhir kehidupannya.