Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KERANA MELAKUKAN DOSA YANG MELIBATKAN MANUSIA

SOALAN 70 (10/06/2015 BERSAMAAN 23 Sya’aban 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya merupakan seorang mualaf yang telah memeluk Islam lebih 4 tahun. Setelah saya memeluk Islam, saya pernah mengumpat dan mengutuk orang semasa saya masih baru dalam Islam. Tetapi saya masih belajar sampai sekarang memperbaiki diri terutamanya hikam dan tasauf melalui You Tube dan guru agama. Persoalannya, adakah dosa saya di ampunkan kerana ia melibatkan manusia. Ada orang yang saya fitnah telah pun meninggal dunia. Saya rasa sangat menyesal, begitu juga saya dahulu selalu berasa riak, ujub, takabbur dan sum'ah.

 

JAWAPAN

Pertama, hendaklah bertaubat kepada Allah dan melakukan kebajikan dan amal soleh sebanyaknya. Begitu juga kita mendoakan keampunan bagi orang yang kita zalimi atau umpat itu. Seterusnya kita ganti umpatan dengan pujian kepada orang yang kita umpat. Semoga Allah ampuni dosa kita semua.