Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SUAMI ENGGAN MEMBAYAR HUTANG ISTERI

 AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 116 (8 SEPTEMBER 2015 / BERSAMAAN 25 ZULKAEDAH 1436H)

 

Gambar hiasan. Kredit: ewconomywatch.com

 

Assalamualaikum Ustaz, Apa pandangan Ustaz mengenai perkara berikut:

1. Seorang suami yang meminta isteri menanggung perbelanjaan untuk sambung belajar dan berjanji untuk membayar semula selepas tamat belajar. Malangnya hutang tersebut tidak dilunaskan walaupun setelah 8 tahun tamat belajar?

2. Isteri sanggup membuat pinjaman untuk membeli rumah setelah suami berjanji akan membayar tunai setiap bulan tetapi tetap tidak ditunai dan suami enggan bayar malah menghina isteri.

Harap nasihat Ustaz

 

JAWAPAN

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

  • Berbincanglah dengan cara yang elok dan binalah rumah tangga dengan pengorbanan. Isteri berkorban untuk suami dan suami berkorban demi isteri. Jangan masing-masing mengambil kesempatan antara satu sama lain.
  • Laksanakanlah tanggungjawab masing-masing dengan penuh keikhlasan.
  • Banyakkan sikap toleransi dan tolak ansur antara pasangan.
  • InsyaAllah jika dilaksanakan pesan ini, tentu akan berasa kebahagiaan.

 

Wallahuaʿlam