Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM MELAKSANAKAN KORBAN BAGI ORANG YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 122 (14 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 3 RABIULAWAL 1437H)

 

SOALAN:

Assalaamualaikum tuan,

Nak tanya Datuk, bolehkah buat korban atas nama orang yang telah meninggal dunia. Contohnya, arwah ibu. Mohon penjelasan

Terima kasih 

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

Yang muktamad dalam mazhab Syafie ialah tidak boleh melainkan jika diwasiatkan. Ini kerana korban ialah ibadah dan satu daripada prinsip ibadah ialah tidak dilakukan untuk orang lain melainkan jika adanya dalil. Pendapat yang tidak muktamad dalam mazhab Syafie mengatakan bahawa korban ini termasuk dalam kategori bersedekah bagi orang yang telah meninggal dunia. Maka dibolehkan walaupun tanpa wasiat dan ini dikatakan memberi manfaat kepada si mati. Sila rujuk kitab al-Mu`tamad oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (2/490).

Daripada Aisyah, bahawa seorang lelaki berjumpa Nabi SAW dan bertanya:

يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ، وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، أَفَلَهَا أَجْرٌ، إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ

Maksudnya: Wahai Rasulullah sesungguhnya ibuku mati secara mendadak tanpa sempat berwasiat, aku kira kalau beliau sempat berbicara (untuk wasiat) nescaya dia akan bersedekah, adakah baginya pahala kalau aku yang bersedekah bagi pihaknya? Kata Nabi SAW: Benar.

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

 

Wallahuaʿlam