Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

LANGSAI PTPTN ATAU UMRAH: MANA LEBIH UTAMA?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 189 (18 FEBRUARI 2016 M / 9 JAMADILAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt Tuan Haji,

Mohon penjelasan tentang situasi di bawah. Saya ada simpanan RM 8,000.00 yang saya simpan untuk kerjakan umrah tapi soalnya saye juga ada hutang PTPTN. Soalan saya yang mana lebih utama sama ada saya bayar hutang PTPTN itu dulu atau guna duit itu untuk kerjakan umrah?

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Terdapat dua jenis hutang. Hutang yang perlu dilangsai segera dan hutang bertangguh. Dalam soal hutang PTPTN, kami berpendapat ia dalam kategori hutang boleh diurus yang dibayar secara bulanan. Inilah pendapat Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Idhah. Justeru, tidak masalah untuk mengerjakan umrah dalam masa yang sama membayar PTPTN. Kaedah mengatakan:

 

الجمْعُ بَيْنَ المَصْلَحَتَيْنِ أوْلى من إِبْطَالِ إِحْدَاهُما.

Maksudnya: Menggabungkan perlaksanaan dua maslahah itu lebih utama daripada membatalkan salah satu daripada keduanya. 

Wallahua`lam.