Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

ISTERI TERLALU AKTIF DALAM GERAK KERJA DAKWAH SEHINGGA MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB

SOALAN 103 (27 OGOS BERSAMAAN 12 ZULKAEDAH 1436H)

 

 

Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya, adakah berdosa sekiranya seorang suami melarang isterinya kluar menyertai program- program dakwah contoh seperti usrah, ceramah, i’tikaf dan lain-lain? Apakah hukum bagi seorang wanita keluar daripada rumah sehingga lewat malam bagi tujuan dakwah? Sejauhmanakah kewajaran kita utk patuh kpd jemaah? Saya menghadapi sedikit kesukaran dalam menegur isteri. Beliau ialah seorng yang komited dalam gerak kerja dakwah salah satu jemaah islam di negara ini. Komitmen beliau dalam melakukan kerja-kerja dakwah sehingga kadangkala beliau dilihat mengabaikan beberapa peranan dan tanggungjawab beliau sebagai seorang isteri. Apabila saya menegur beliau, naqibah beliau sering mengaitkan saya sebagai golongan yang menghalang kerja-kerja agama. Jadi saya ingin sedikit pencerahan daripada Tuan Mufti.

 

JAWAPAN

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

Dalam hal ini, hendaklah saudara sentiasa memberi nasihat kepada isteri. Sentiasa berikan peringatan kepadanya berkenaan tanggungjawab yang harus dilaksanakan dalam rumah tangga serta pandai membezakan antara tuntutan dakwah dan ketaatan kepada suami.

 

Dalam masa yang sama saudara boleh memberinya hadiah berupa buku berkaitan tanggunghawab sebagai isteri dan lain-lain. Sebenarnya kejayaan membentuk rumah tangga adalah juzuk dalam dakwah.

 

Wallahua'lam.