Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM KAMBING LIAR DIBUAT KORBAN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 109 (4 SEPTEMBER 2015 / BERSAMAAN 21 ZULKAEDAH 1436H)

Kambing feral. Kredit: www4.ncsu.edu

Assalamualaikum SS Dato'.

Hari ini ramai pengimport ternakan membawa masuk sejenis kambing dari Australia ke Malaysia yang bernama 'Feral', sejenis kambing 'rangeland' yang hidup liar dan lepas bebas tidak bertuan untuk dijadikan haiwan sembelihan bagi ibadah Aqiqah dan Qurban. Adakah kambing ini termasuk di dalam kategori Al-An'am? Apakah syarat dan umur sebenar bagi haiwan ternakan yang hendak dijadikan sembelihan ibadah Aqiqah dan Qurban seperti lembu,kerbau,kambing dan bebiri.Timbul juga kekeliruan bilamana ada pandangan yang mendefinisikan umur 2 tahun bagi kambing adalah ketika ianya berusia setahun dan satu hari bukannya dua tahun satu hari.

 

JAWAPAN

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

  • Islam melihat kepada asal sesuatu. Kambing pada asalnya ialah binatang ternakan yang jinak, maka dikira jinak. sekalipun dilepaskan, sebaliknya kijang dianggap liar sekalipun dibela dan dijinakkan.
  • Saya cenderung kepada dibolehkan kerana sifat kambing itu wujud dan kambing feral itu menjadi liar kerana tidak diternak.
  • Berkenaan soalan kedua, nas menunjukkan syarat sampai umur ialah 2 tahun dan tidak menyebut lebih sehari atau tidak. Justeru, sama ada cukup dua tahun atau dua tahun lebih sehari, maka itulah syaratnya.

Wallahuaʿlam