AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 110 (4 SEPTEMBER 2015 / BERSAMAAN 21 ZULKAEDAH 1436H)
Gambar hiasan. Kredit : ggpht.com
Salam. Mohon SS Mufti bincang isu amalan kenduri arwah atas kematian seseorang. Ada yang kata tidak digalakkan dalam mazhab shafie. Soalan kedua saya adalah amalan azan keatas bayi baru lahir mencetuskan perdebatan. Ada Ustaz kata tiada nas shohih dan ada pula yg kata ada hadis shohih seperti yg dinyatakan oleh Imam Nawawi.
JAWAPAN
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
- Perkara ini merupakan khilaf para ulama. Saudara boleh merujuk kepada garis panduan JAKIM yang terbitkan.
- Antara yang disebut ialah larangan menggunakan harta si mati tatkala dia meninggalkan anak yatim yang kecil maka dianggap memakan harta anak yatim.
- Terdapat hadis berkenan azan ke atas bayi baru lahir tetapi kebanyakannya dha`if. Antaranya yang driwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad-nya, Abu Dawud dalam Sunan-nya, al-Turmudhī dalam Sunan-nya, dan al-Tabaranī dalam Muʿjam-nya, al-Baihaqī dalam Syuʿab al-Īman, dan ʿAbdurrazzāq dalam Musannaf.
Wallahuaʿlam