Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Hutang kepada atuk yang sudah meninggal dunia

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 159 (19 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 9 RABIULAKHIR 1437H)

 
SOALAN:
 
Assalamualaikum Datuk,
 
Apakah hukum dan cara terbaik yang perlu dilakukan untuk membayar hutang kepada atuk yang telah meninggal dunia?
 
Terima kasih, wassalam.
 
 
JAWAPAN:
 
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Hutang tersebut dikira harta pusaka yang perlu difaraidkan kepada waris-waris yang berhak. Jika semua waris berkenaan bersetuju untuk dihalalkan hutang tersebut, maka saudara boleh mengambilnya atau bersedekah atas nama atuk saudara. InsyaAllah akan bermanfaat bagi beliau. Wallahua`lam.