Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

ISU BERWUDHUK DENGAN AIR BANJIR

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 174 (3 FEBRUARI 2016 BERSAMAAN 24 RABIUL AKHIR 1437 H.)

Soalan :

 

Assalamualaikum Datuk Mufti, sekiranya ketiadaan air bersih, adakah mangsa banjir perlu menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci ataupun bertayamum ?

 

Jawapan:

 

Pendapat kami, dibolehkan untuk mangsa banjir menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci. Kata al-Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaili:

"Sekiranya air berubah pada warna, bau, dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur), dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan.

Adapun jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi, serta menghilangkan najis maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikan." Rujuk al-Muktamad fi Fiqh al Syafie (1/38).

Wallahua`lam.