Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Asnaf al-Gharimin: Adakah merangkumi mangsa banjir?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 182 (11 FEBRUARI 2016 M / 2 JAMADILAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Tuan Mufti,

Dalam peruntukan asnaf zakat Malaysia, adakah mangsa banjir boleh dimasukkan dalam asnaf al-gharimin?

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Yang dimaksudkan dengan al-gharimin di dalam asnaf zakat ialah : Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

Rujuk kenyataan lengkap kami dalam Irsyad Hukum Ke-14 : Hukum Memberi Zakat Kepada Mangsa Bencana Alam Seperti Banjir Dan Lain-Lain di https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2054-14

Wallahua`lam.