Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

mana lebih baik: pertahankan diri atau diam?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 222 (23 MAC 2016 M / 14 JAMADILAKHIR 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum, saya nak bertanya..

Apa saya perlu buat bila dituduh bercakap perkara yang saya tak cakap? Adakah perlu saya hanya berdiam diri. Dan memaafkan orang itu. Saya harap tuan dapat menjawab. Terima kasih.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Tindakan saudara perlu mengambil kira dua keadaan:

  • Jika lebih banyak mudarat yang datang akibat mendiamkan diri, sebaiknya bercakap untuk menjelaskan isu sebenar.
  • Jika lebih banyak kebaikan yang datang dengan mendiamkan diri, maka ini lebih baik agar tidak memanjangkan isu.

Mempertahankan diri daripada api fitnah ialah hak bagi setiap individu. Terkadang, kebenaran itu perlu dijelaskan walaupun berasa begitu pahit, seperti sabda Rasulullah SAW:

قُلِ الْحَقَّ، وَإِنْ كَانَ مُرًّا

Maksudnya: Berkatalah benar, sekalipun ia pahit.

Hadis riwayat Imam Ibn Hibban (361) dalam Sahih-nya.

 

Dalam membalas dan menjawab balik tohmahan orang, pilihlah cara yang terbaik yang boleh membuatkan musuh sedar dan faham hakikat kebenaran yang sebenar. Contohilah keperibadian Saidina Hassan bin Ali RA yang bersabar dengan musuh yang mencaci makinya, bahkan mempelawanya makan dan bersedekah kepadanya, sehingga musuh itu malu dan mengiktraf ketinggian martabat beliau.

Wallahua`lam.