Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Masbuk dan Qada Solat Gerhana

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 225 (25 MAC 2016 M / 16 JAMADILAKHIR 1437 H)

Kredit.

SOALAN:

Assalamualaikum.

saya hendak bertanya berkenaan solat gerhana. Tadi sewaktu solat gerhana, saya terlewat menyebabkan saya tertinggal rukuk pertama pada rakaat pertama, saya hanya pada rukuk kedua pada rakaat pertama sahaja. Soalan saya, adakah saya dikira masbuk dan perlu gantikan rakaat atau saya boleh teruskan bersama imam ya? Adakah saya boleh qadha solat gerhana? Izin mohon pencerahan.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt, 

Saudara dikira makmum masbuk dan perlu menambah satu rakaat lagi kerana saudara mendapat rakaat bersama imam hanya jika sempat rukuk  yang pertama bersama imam. Jika masuk solat pada rukuk kedua, maka tidak mendapat rakaat bersama imam dan perlu ditambah satu lagi rakaat. Kedua, tidak ada qada bagi solat gerhana. Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Shafie (1/569 & 1/574) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.

Wallahua`lam.