Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Muallaf malu untuk solat, takut diejek

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 243 (8 APRIL 2016 M / 30 JAMADILAKHIR 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz.

Kawan perempuan saya baru masuk Islam. Dia cikgu. Bila waktu cuti skolah terpaksa la balik kampung. Keluarga dia setuju dia masuk islam untuk kahwin. Masalahnya, dia malu nak solat dekat rumah family yang non-muslim tu. Takut kena perli @ kena marah. Macamana dia nak solat sembunyi? Boleh solat duduk dan guna isyarat mata tak ustaz? Atau ada cara lain..

 

JAWAPAN:

 

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpandangan solatlah di dalam bilik. Kami juga berpesan agar jangan takut khususnya jika keluarga juga suda bersetuju. Pastikan kita berbuat ibadah kerana Alah dan bukan kerana takut kepada makhluk. Seperti mana bacaan dalam doa istiftah yang kita baca sewaktu solat:

 

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  Maksudnya: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

(Surah al-An`am, 6:162)

Begitu juga, sifat yang mulia dan berhikmah hendaklah sentiasa ditonjolkan agar menjadi bentuk dakwah bil hal secara tidak langsung kepada keluarga.

 

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita.

 

Wallahua`lam.