Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

status pemilikan pokok di tanah orang

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 202 (3 MAC 2016 M / 23 JAMADILAWAL 1437 H

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada satu masalah mengenai pembelian tanah. A meninggal dunia dan tanah warisan dibahagikan kepada 3 orang anaknya iaitu iaitu B, C & D. C & D juga telah meninggal dunia dan harta tersebut jatuh ke tangan isteri & anak2nya. Isteri & anak2 D menjualkan tanah tersebut kepada orang lain iaitu E. Masalahnya timbul apabila B datang kepada E dan memarahi E kerana membeli tanah tersebut dan dia mengharamkan makan dan berjual beli buah-buahan yang terdapat di tanah tersebut dengan alasan dia yang menanamnya semasa A masih hidup sedangkan tanah itu telah dibeli oleh E dari anak-anak D.

 Apa hukum sekiranya E berdegil dan masih makan dari hasil yang terdapat di tanah itu?

Terima kasih ustaz.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Di dalam Islam, apabila seseorang membeli sebidang tanah, segala yang ada di atasnya menjadi miliknya. Kaedah fiqh menyatakan:

التَّابِعُ تَابِعٌ

Maksudnya: (Hukum bagi) yang mengikut itu mengikut (hukum bagi yang asal).

Rujuk al-Asybah wa al-Naza`ir oleh al-Suyuti (1/117)

Dalam kes ini, pokok di atas tanah ialah (تابع) yakni yang mengikut manakala tanah pula ialah (أصل) yakni yang asal. Justeru, jika dijual sebidang tanah maka itu termasuklah pokok yang ditanam di atasnya. Pengecualian ialah jika harta yang boleh digerakkan seperti kereta, binatang ternak dan pekakas rumah. Maka, ini tidak termasuk dalam hukum mengikut. Walau pun begitu, amatlah baik jika hal ini boleh diselesaikan melalui perbincangan, penerangan dan sikap toleransi.

Wallahua`lam.