Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

nikah dua kali dalam sehari

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 221 (23 MAC 2016 M / 14 JAMADILAKHIR 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum.. Saya ada satu soalan.. Apakah hukum lelaki bernikah 2 orang perempuan sekali dalam satu hari? Maksud saya lepas lelaki itu selesai akad nikah isteri pertama kemudian akad nikah isteri kedua pula. Mohon penjelasan. Syukran ustaz

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

 

Tidak ada masalah. Kedua-dua nikah itu sah. Barangkali kesannya berbentuk adat. Sewajarnya dihormati keadaan pihak-pihak terlibat khususnya isteri pertama. Janganlah sampai membawa kepada kezaliman dan penipuan yang menjejaskan martabat institusi perkahwinan.

 

Wallahua`lam.