Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #512: HUKUM MEMAKAI ALAT SOLEK SERBUK EMAS

SOALAN:

Assalamualaikum wrm wbt,

Trend masa kini banyak alat-alat kosmetik yang dicampurkan dengan serbuk emas di dalam kandungan kosemetik tersebut. Bolehkah kita menggunakan alat-alat kosmetik yang

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wrm wbt,

Kami mengesyorkan bagi siapa yang menggunakan alat-alat atau bahan-bahan kosmetik dengan campuran tertentu hendaklah dirujuk terlebih dahulu pihak yang berautoriti supaya jelas halal dan haram, kesucian dan keselamatannya kandungan di dalamnya. Ini untuk mengelakkan sebarang syubhah.

Sebelum kami melebarkan jawapan di sini, suka kami nyatakan memang pada asalnya emas dicipta sebagai perhiasan dan matawang yang berharga bagi manusia. Tetapi tindakan menjadikannya sebagai serbuk, jika benar boleh dijadikan sedemikian rupa, di kalangan pengusaha kosmetik untuk ditambah dalam ramuan kosmetik, maka kami cenderung kepada agar tidak dilaksanakan. Ini kerana bahan kosmetik bersifat istihlak (menghabisi) dan bukan bersifat kekal yang boleh ditukar atau dijual-beli semula.

Sekalipun begitu, hukum memakai alat solek yang berserbuk emas adalah harus, pada asalnya. Ini berbeza daripada penanaman susuk yang kebiasaannya melibatkan amalan sihir dan mengubah ciptaan Allah tanpa keperluan. Cuma perlu perhatikan jika alat solek berkenaan menghalang air wuduk atau mandi wajib maka hendaklah dicuci dengan bersih setiap kali sebelum berwuduk atau mandi. Begitu juga dengan tujuan pemakaian itu. Jika dipakai kerana untuk berhias bagi lelaki ajnabi maka adalah haram, seperti mana yang biasa dilakukan oleh orang-orang di zaman ini, manakala jika tujuannya untuk suami maka hal demikian tidak menjadi masalah.

Wallahua’lam.