Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #1089: SOLAT JENAZAH GHAIB DALAM NEGERI

JENAZAH GHAIB.JPG

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri. Adakah solat ghaib hanya boleh disempurnakan sekiranya jenazah berada di luar negara sahaja?

 

Jawapan

Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.

Dalil solat jenazah ghaib berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bertakbir sebanyak empat kali.”

Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)

Berdasarkan kepada persoalan di atas, kami nyatakan bahawa dibolehan solat ghaib sekalipun bukan di luar negara, bahkan begitu hampir dengan kita. Tetapi mungkin kita tidak dapat untuk pergi kerana sebab-sebab keuzuran tertentu. Justeru, bolehlah kita laksanakan solat jenazah ghaib kepada keluarga kita yang meninggal dunia atau sahabat handai kita.

Kami nyatakan di sini pendapat Syeikhul Islam Syeikh Zakariyya al-Ansari berkata: Harus solat jenazah ghaib daripada negeri sekalipun jaraknya kurang daripada dua marhalah. (Lihat Asna al-Matalib, 1/322)

Kami menutup perbincangan ini dengan mendoakan kepada si mati di kalangan kita:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

Surah al-Hasyr (10)