SOALAN
Assalammualaikum, Semasa saya menunaikan solat, nanah jerawat bisul saya pecah dan mengalir keluar, adakah dianggap najis dan boleh membatalkan solat . Mohon pencerahan S.S Datuk Mufti?
Ringkasan Jawapan:
Nanah jerawat yang kebiasaannya sedikit sekiranya pecah semasa menunaikan solat adalah tidak membatalkan solat kerana sedikitnya termasuk dalam perkara yang dimaafkan. Sebaliknya, membatalkan solat sekiranya melihat nanah pecah yang mengalir keluar dalam kuantiti banyak. Kadar penentuan banyak mengikut pandangan kebiasaan adat masyarakat.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat
Antara syarat sah solat adalah pakaian, tempat dan badan mestilah bersih daripada najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT :
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
Maksudnya : “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.”
Surah Al-Muddathir (4)
Persoalan berkaitan nanah dan darah termasuk bab najis menurut Imam al-Nawawi. [1]
Nanah ialah air nipis yang bercampur dengan darah dan luka air (ulser) atau lepuh yang berubah baunya.[2]
Sementara ulser, gelembung berair (lepuh) yang tiada bau adalah suci berdasarkan kenyataan berikut :
القيح والصديد كالدم. وكذا ماء القروح والمتنفط الذي له ريح كذا بلا ريح في الأظهر قلت: المذهب طهارته والله أعلم
“Cecair kuning atau nanah seperti darah. Begitu juga air bisa luka dan gelembung berair (lepuh) yang mempunyai bau, begitu juga tidak mempunyai bau menurut pendapat paling zahir. Menurut pendapat ku (al-Nawawi) yang merupakan pendapat yang muktamad ia adalah suci (air bisa yang tidak berbau).[3]
Berdasarkan kenyataan berikut, ulser dan gelembung berair (lepuh) yang mempunyai bau sama seperti darah dan nanah. Sebaliknya, ulser dan lepuh yang tiada bau adalah suci. [4]
Sementara itu, bisul mahupun darah yang sedikit akibat suntik dan bekam adalah seperti jerawat iaitu dimaafkan yang sedikit.
(وَالدَّمَامِيلُ وَالْقُرُوحُ وَمَوْضِعُ الْفَصْدِ وَالْحِجَامَةِ قِيلَ كَالْبَثَرَاتِ) فَيُعْفَى عَنْ دَمِهَا قَلِيلِهِ وَكَثِيرِهِ مَا لَمْ يَكُنْ بِعَصْرِهِ فَيُعْفَى عَنْ قَلِيلِهِ فَقَطْ
“Bisul, luka, tempat suntik dan bekam menurut pendapat yang lain seperti jerawat. Maka dimaafkan darahnya yang sedikit dan banyaknya tidak memicitnya, maka dimaafkan hanya keluarnya sedikit sahaja” [5]
Sementara, darah sedikit akibat daripada serangga yang tidak mempunyai darah mengalir terkena pada pakaian, badan dan tempat adalah dimaafkan.[6]
Imam al-Nawawi tidak meletakkan kadar ukuran khusus melainkan menyatakan ukuran banyaknya darah ditentukan kebiasaan adat.
وَعَنْ قَلِيلِ دَمِ الْبَرَاغِيثِ، وَوَنِيمِ الذُّبَابِ،وَالْأَصَحُّ لَا يُعْفَى عَنْ كَثِيرِهِ، وَلَا قَلِيلٍ انْتَشَرَ بِعَرَقٍ وَتُعْرَفُ الْكَثْرَةُ بِالْعَادَةِ. قُلْت: الْأَصَحُّ عِنْدَ الْمُحَقِّقِينَ الْعَفْوُ مُطْلَقًا
“Dimaafkan darah yang sedikit daripada kutu, najis lalat. Menurut pendapat yang paling sahih tidak dimaafkan yang banyak dan tidak sedikit yang tersebar dengan peluh. Kadar mengetahui banyak itu ditentukan pada kebiasaan adat. Menurut pendapatku (al-Nawawi) yang paling sahih berdasarkan pendapat para muhakkik ulama (peneliti) adalah dimaafkan semata-mata.”[7]
Penutup
Kesimpulannya, hukum nanah seperti darah ialah najis, sekiranya jerawat nanah pecah kebiasaannya keluarnya hanya sedikit yang termasuk dalam perkara dimaafkan. Justeru, solatnya masih sah dan tidak terbatal. Sebaliknya, sekiranya keluar dengan kuantiti yang banyak mengikut ukuran adat masayarakat, maka membatalkan solat.
Wallahu A'lam
Rujukan:
[1] Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahya ad-din Yayha. (2005) Minhaj al-Thalibin wa Umdatun Muftin fi Fiqh: Dar al-Fikr. 15),
باب النجاسة
هي كل مسكر مائع وكلب وخنزير وفرعهما وميتة غير الآدمي والسمك والجراد ودم وقيح قيء وروث وبول ومذي وودي وكذا منى غير الآدمي في الأصح.
[2] Al-Khatib As-Syirbini, Syamsuddin bin Muhammad, (1994) Mugni al-Mughtaj ila Ma’rifah Ma’ani al-Fazd Minhaj. Dar Kitab Ilmiah. Jld 1, p 232
وَصَدِيدٍ: وَهُوَ مَاءٌ رَقِيقٌ يُخَالِطُهُ دَمٌ، وَمَاءِ قُرُوحٍ وَنِفَاطَاتٍ إنْ تَغَيَّرَتْ رَائِحَتُهُ
[3] Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahya ad-din Yayha. (2005) Minhaj al-Thalibin wa Umdatun Muftin fi Fiqh: Dar al-Fikr. 32,
[4]Al-Khatib As-Syirbini, Syamsuddin bin Muhammad, (1994) Mugni al-Mughtaj ila Ma’rifah Ma’ani al-Fazd Minhaj. Dar Kitab Ilmiah. Jld 1/410)
(وَالْقَيْحُ وَالصَّدِيدُ) وَتَقَدَّمَ بَيَانُهُمَا فِي بَابِ النَّجَاسَةِ (كَالدَّمِ) فِيمَا ذَكَرَ لِأَنَّهُمَا دَمَانِ اسْتَحَالَا إلَى نَتْنٍ وَفَسَادٍ (وَكَذَا مَاءُ الْقُرُوحِ وَالْمُتَنَفِّطِ الَّذِي لَهُ رِيحٌ) كَالدَّمِ قِيَاسًا عَلَى الْقَيْحِ وَالصَّدِيدِ (وَكَذَا بِلَا رِيحٍ فِي الْأَظْهَرِ) قِيَاسًا عَلَى الصَّدِيدِ الَّذِي لَا رَائِحَةَ لَهُ.
وَالثَّانِي: أَنَّهُ طَاهِرٌ لِأَنَّهُ كَالْعَرَقِ، وَلِذَا قَالَ الْمُصَنِّفُ (قُلْت: الْمَذْهَبُ طَهَارَتُهُ) قَطْعًا (وَاَللَّهُ أَعْلَمُ) لِمَا مَرَّ.
تَنْبِيهٌ: مَحَلُّ الْعَفْوِ عَنْ سَائِرِ الدِّمَاءِ مَا لَمْ يَخْتَلِطْ بِأَجْنَبِيٍّ،
[5] (Rujuk Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj wa hawasyi al-Syarwani wa ‘Ibadi 2/134)
[6] Ibid (2/131)
(وَ) يُعْفَى فِي الثَّوْبِ وَالْبَدَنِ وَالْمَكَانِ (عَنْ قَلِيلِ دَمِ الْبَرَاغِيثِ) لَا جِلْدِهَا كَمَا مَرَّ وَفِي مَعْنَاهَا فِي كُلِّ مَا يَأْتِي كُلُّ مَا لَا نَفْسَ لَهُ سَائِلَةٌ (وَوَنِيمِ الذُّبَابِ)
أَيْ ذَرْقِهِ وَمِثْلُهُ
[7] Al-Nawawi, Abu Zakaria Mahya ad-din Yayha. (2005) Minhaj al-Thalibin wa Umdatun Muftin fi Fiqh: Dar al-Fikr. 32,